Stress adalah suatu tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang membawa perubahan kepada perlakuan seseorang individu, keadaan seseorang individu, keadaan fizikalnya atau fungsi pemikirannya.
Stress adalah suatu tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang membawa perubahan kepada perlakuan seseorang individu, keadaan seseorang individu, keadaan fizikalnya atau fungsi pemikirannya.
Stress adalah suatu tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang membawa perubahan kepada perlakuan seseorang individu, keadaan seseorang individu, keadaan fizikalnya atau fungsi pemikirannya.
Stress adalah suatu tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang membawa perubahan kepada perlakuan seseorang individu, keadaan seseorang individu, keadaan fizikalnya atau fungsi pemikirannya.
Stress adalah suatu tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang membawa perubahan kepada perlakuan seseorang individu, keadaan seseorang individu, keadaan fizikalnya atau fungsi pemikirannya.
Ramai jejaka pada hari lebih mementingkan gaya keterampilan yang lebih segak dan bergaya mengikut trend terkini dan ada juga mengikut style tersendiri tidak kira samada ke pejabat mahupun ketika berada di luar. Jika bercakap soal perfume, kebanyakan lelaki pada hari ini memang mementingkan wangian malah sebahagian sahaja yang tidak suka kepada perfume. Bagi lelaki yang sukakan wangian, tidak keterlaluan jika dikatakan tanpa perfume diibaratkan makan nasi tanpa air.
Pelbagai produk dan jenama perfume yang berada di pasaran hari ini sama ada yang branded mahupun yang reject, adakalanya sukar untuk memilih yang mana satu sesuai untuk dipakai. Semua itu bergantung kepada si pemakai itu sendiri sama suka wangian yang lebih ringan mahupun yang keras. Baru-baru ini satu penilaian yang dibuat oleh salah sebuah laman web fashion lelaki luar negara untuk mengetahui pilihan perfume jejaka 2012 berdasarkan populariti terhadap perfume yang berada di pasaran hari ini.
Alahai memang unik dan super kreatif melihat ukiran yang diperbuat daripada buah tembikai yang begitu menakjubkan. Biasanya corak ukiran daripada buah tembikai bermotifkan tumbuhan mahupun bunga-bungaan namun apa yang membuat kita terpegun dengan buah tembikai ini adalah coraknya yang lain daripada yang lain dengan menonjolkan corak ukiran yang bermotifkan ekspresi muka yang bengis dan seram sesuai dengan warna merah isi buah tembikai tersebut.
Percaya atau tidak pengukir buah tembikai ini tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang seni dan hanya seorang kerani biasa sepenuh masa. Oleh kerana Clive Cooper,54 dari Kanada mempunyai komitmen terhadap kerja pada waktu siang, segala minatnya terhadap ukiran tembikai dilakukan di sebelah malam. Menurutnya, segala perancangan untuk menghasilkan corak pada buah tembikai perlu dibuat dengan pantas kerana buah tembikai akan layu dan hilang bentuknya dalam masa 24 jam.
Mungkin ada di antara kita pernah melihat saat kelahiran bayi dalam perspektif luar, namun pernahkah kita melihat dari sudut dalaman atau dengan kata lain dari dalam perut si ibu yang mengandung itu sendiri di saat untuk melahirkan anak.
Baru-baru ini satu kajian telah dibuat untuk melihat bagaimana keadaan sebenar didalam rahim ibu yang mengandung ketika hendak melahirkan anak. Kajian ini dilakukan di salah sebuah hospital di Berlin yang diketuai oleh Dr Christian Bamberg yang menggunakan imbasan MRI keatas salah seorang ibu yang menawarkan diri untuk melaksanakan kajian ini. Di bawah ini adalah video yang dirakam menggunakan alat imbasan MRI.
Menurut Dr Christian Bamberg, dengan menggunakan alat MRI kita mampu melihat bagaimana proses sebenar ketika bayi itu dilahirkan dan bagaimana proses penguncupan rahim yang menolak bayi tersebut keluar daripada kandungan.Rakaman yang ditunjukkan di atas hanya sempat diambil dalam beberapa saat sahaja kerana ketika bayi tersebut keluar alat MRI ditutup untuk mengelakkan bayi yang baru lahir itu terdedah kepada bunyi bising alat MRI.
Walaupun sangat pelik bagi yang pertama kali melihatnya, namun pakaian tersebut mempunyai nilai seninya yang tersendiri jika dilihat dari segi corak pada pakaian tersebut dengan menggunakan manik-manik yang disulam dalam pelbagai bentuk.
Pakaian ini telah diperagakan dalam satu festival tahunan di bandar Ouidah untuk menyambut hari keagamaan mereka yang dikenali sebagai Benin's mysterious voodoo.Setiap tahun perayaan ini akan berlangsung selama seminggu dengan penglibatan penduduk dari seluruh Benin serta Togo dan Nigeria.
Festival yang bermula pada tahun 1997 ini akan dimulakan dengan upacara penyembelihan sekor kambing untuk dipersembahkan kepada 'Roh' mengikut kepercayaan mereka, manakala pengikut yang lain akan berkumpul sambil menyanyikan lagu keagamaan mereka beramai-ramai.
Sebagaimana yang kita ketahui alat permainan lego merupakan permainan yang sangat digemari oleh mana kanak-kanak di seluruh dunia. Sejarahnya yang ditubuhkan pada tahun 1932 oleh Kirk Kristiansen berjaya menaikkan nama syarikat lego keseluruh pelusuk dunia.
Walaupun permainan ini pada mulanya disasarkan kepada kanak-kanak namun fungsinya yang pelbagai telah menarik minat orang dewasa kerana melalui permainan lego ini mampu menghasilkan seni arca yang memang menarik.
Baru-baru ini satu pameran seni lego telah diadakan di Lowa State University yang berjaya memukau para pengunjung dengan seni arca yang memang kreatif yang dihasilkan oleh pakar seni lego terkemuka iaitu Sean Kenney.
Alahai, inilah dia kalau kita tidak peka dan tidak kisah dengan peraturan mahupun amaran yang telah ditetapkan tambahan pula jika kita berada di tempat yang mudah berlaku kemalangan terutama di stesen minyak. Walaupun sudah terpampang amaran untuk hentikan enjin kereta, jangan guna handphone ketika mengisi minyak mahupun jauhkan dari sumber yang mudah terbakar, namun masih ada lagi segelintir yang tidak mengendahkan amaran tersebut. So,inilah dia video kesan dan akibat yang terjadi sekiranya kita tidak mematuhi amaran yang telah dibuat.
Kejadian ini berlaku di salah sebuah stesen minyak di Melbourne apabila seorang remaja yang sedang mengisi minyak kereta memetik pemetik api berdekatan dengan pam minyak menyebabkan nozzle pam minyak tersebut disambar api. Remaja tersebut bernasib baik apabila seorang doktor yang berada berhampiran untuk mengisi minyak kenderaannya berjaya memadamkan api daripada terus merebak.
Walaupun kejadian ini bukan berlaku di Malaysia, namun kita perlu ambil pengajaran daripada kejadian tersebut kerana kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai kenderaan dan sentiasa akan ke stesen minyak. So, sama-samalah kita peka dan berhati-hati ketika berada di stesen minyak.
Alahai,tak pernah seumur hidup tengok kapal terbang bergerak di jalan raya yang penuh sesak dengan kereta malah mampu melalui tempat kediaman awam dengan selamba. Apa perasaan anda jika melihat kapal terbang melalui kawasan anda. Memang menakjubkan,jom saksikan video di bawah.
Jangan salah faham, video di atas hanyalah iklan semata-mata di mana Syarikat British Airways ingin menyatakan dalam iklan tersebut bahawa syarikat ini berusaha untuk memberi kepuasan yang terbaik kepada penumpangnya. Iklan ini mendapat hit yang banyak di Britain kerana ideal dan konsep iklannya yang begitu simple dan kreatif. So,kalau ye pun ada kapal terbang bergerak atas jalan raya, mana mungkin dapat melepasi tiang lampu kan..
Mungkin ada di antara kita yang menjadi penyokong fanatik pasukan England sehingga mengenali nama setiap pemain tersebut, namun adakah anda pernah tengok wajah pemain-pemain England kesayangan anda ketika mereka diusia remaja mahupun kanak-kanak.Jom kita tengok wajah pemain kesayangan anda di bawah.