Mungkin ada di antara kita pernah melihat saat kelahiran bayi dalam perspektif luar, namun pernahkah kita melihat dari sudut dalaman atau dengan kata lain dari dalam perut si ibu yang mengandung itu sendiri di saat untuk melahirkan anak.
Baru-baru ini satu kajian telah dibuat untuk melihat bagaimana keadaan sebenar didalam rahim ibu yang mengandung ketika hendak melahirkan anak. Kajian ini dilakukan di salah sebuah hospital di Berlin yang diketuai oleh Dr Christian Bamberg yang menggunakan imbasan MRI keatas salah seorang ibu yang menawarkan diri untuk melaksanakan kajian ini. Di bawah ini adalah video yang dirakam menggunakan alat imbasan MRI.
Menurut Dr Christian Bamberg, dengan menggunakan alat MRI kita mampu melihat bagaimana proses sebenar ketika bayi itu dilahirkan dan bagaimana proses penguncupan rahim yang menolak bayi tersebut keluar daripada kandungan.Rakaman yang ditunjukkan di atas hanya sempat diambil dalam beberapa saat sahaja kerana ketika bayi tersebut keluar alat MRI ditutup untuk mengelakkan bayi yang baru lahir itu terdedah kepada bunyi bising alat MRI.
sumber:MailOnline



0 comments:
Post a Comment